RSS

Slideshow Kata Kerja

Pengajaran Kata Kerja

Klip Video Pengajaran Kata Kerja (Set Induksi)



Nota Ringkas Kata Kerja

Nota Ringkas Kata Kerja



Klip Video Pengajaran(Penutup)

Rancangan Pengajaran

Mata pelajaran: Bahasa Melayu                     
Kelas:     4M
Masa:     40 minit                
Bilangan murid: 20 orang                 
Bidang pelajaran: Bahasa Melayu  
Objektif pembelajaran: Mengenalpasti kata kerja mengikut jenisnya dan membina ayat dengan menggunakan kata kerja
Hasil pembelajaran:           Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
                                    A  Menguasai pengetahuan
a.        Mengenalpasti kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif
b.        Tatabahasa:
 Morfologi: Kata kerja transitif  dan  kata kerja tak transitif
            B   Menguasai kemahiran
a.        Mengasingkan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif 
b.       Membina ayat dengan menggunakan kata kerja
c.        Menunjukkan sikap bersopan dan bertatatertib.
            C  Mengamalkan sikap dan nilai murni
a.  Menjaga keselamatan
b. Bertatatertib
c. Rajin berusaha demi menuju ke puncak jaya
d. Bekerjasama
e. Menjaga kesihatan diri

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):
Kemahiran berfikir: Membuat perbezaan, membuat inferens dan kemahiran mengkategori
Kemahiran belajar: Menerima maklumat, memproses dan mengkategorikan
Kecerdasan pelbagai: Kinestetik, intrapersonal, interpersonal
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
1.     Video (set induksi dan penutup)
2.     Komputer  riba
3.     Buku teks Bahasa Melayu tahun 4
4.     Kad perkataan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif
5.     Nota  (Power Point )
6.     Papan Hitam
7.     Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada:
1.       Murid-murid pernah mempelajari kata kerja.
2.       Murid-murid  telah mempelajari kosa kata dalam topik ini.
3.       Murid-murid pernah membina ayat berdasarkan gambar.

Langkah/
Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(4 min)
Soalan:
1) Murid-murid berada di mana?
Jawapan: Di dalam bas sekolah.

2) Mengapakah pemandu tersebut berasa marah?

Jawapan: Murid-murid telah bergerak untuk menurun bas sebelum bas berhenti.

3) Apakah amaran yang diberi oleh pemandu bas kepada murid-murid dalam bas sekolah?

Jawapan:
Tunggu, duduk, tak reti-reti, tunggulah bas berhenti.

4) Sila nyatakan kata kerja yang terdapat dalam dialog video ini.

Jawapan:
1) Tunggu
2) Duduk
3) Berhenti
4) Tolak
5) Berebut-rebut

1) Guru memainkan video.

2) Guru mengemukakan soalan.

3) Guru menulis kata kerja yang disebut oleh pelajar di papan hitam.
1) Tunggu
2) Duduk
3) Berhenti
4) Tolak
5) Berebut-rebut

5) Guru mengaitkan dengan topik yang hendak diajar.

6) Guru menerapkan nilai murni bertatatertib, bersopan dan menjaga keselamatan semasa menaiki bas sekolah.
1) Pelajar menonton video.

2) Pelajar menjawab soalan berdasarkan video yang ditonton.

3) Pelajar menyatakan kata kerja .


Strategi/
Teknik:
Strategi:
1) Pemerhatian
2)Menghubungkait
3) Soal jawab

Nilai murni:
1)Bersopan
2) Bertatatertib
3) Menjaga keselamatan diri

Sumber :
1) Video

Langkah 1
(8min)
Murid-murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
(rujuk power point)
Perbezaan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif adalah seperti yang berikut:
Kata kerja transitif:
1)Harus diikuti oleh frasa nama sebagai objek.
Contoh:
Ganesh menyiram pokok bunga.
(Objek: pokok bunga)
2) Ayat yang menggunakan kata kerja transitif boleh dipasifkan.
Contoh:
Ayat aktif: Ganesh menyiram pokok bunga.
Ayat pasif: Pokok bunga disiram oleh Ganesh.

Kata kerja tak transitif:
1) Tidak perlu diikuti oleh objek.
Contoh: Daun-daun kering berguguran.
(Tiada objek)
2) Ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
Ayat aktif: Daun-daun kering berguguran.
(tidak boleh dipasifkan)
1) Guru memberi penjelasan tentang kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

2) Guru meminta murid-murid membaca contoh ayat yang mengandungi kata kerja.

3) Guru menjelaskan perbezaan antara kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
1) Murid-murid diminta untuk melihat power point.

2) Murid-murid mendengar dan cuba memahami kata kerja.

3) Murid-murid membaca contoh ayat.

4) Murid-murid mengenalpasti kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Strategi/
Teknik:
1) Pemerhatian
2) Membanding beza

Sumber:
1)Power point
Langkah 2
(7min)
Pantun dalam buku teks
(Rujuk lampiran 1)
Jawapan:
Kata kerja transitif :
1) mencari
2) menjadi
3) memancarkan

Kata kerja tak transitif:
1) terbuang
2) bermain
3) berseri


1) Guru mengarah murid-murid membaca pantun yang terdapat dalam buku teks.

2) Guru meminta murid-murid menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam pantun.

3) Guru menyuruh murid-murid mengelaskan kata kerja.

4) Guru dan murid-murid membincangkan kata kerja yang terdapat dalam pantun.
1) Murid-murid membaca pantun yang telah diajar sebelum ini.

2) Murid-murid menyatakan kata kerja yang terdapat dalam pantun.

3) Murid-murid mengasingkan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Strategi/
Teknik:
1) Pemerhatian
2) Mengumpul maklumat
3) Membanding beza

Nilai murni:
1) Rajin berusaha

Sumber:
1)Buku teks
2)Power point


Langkah 3
(10min)
Kad perkataan yang mengandungi kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
1) memakai
2) pulang
3) mengelap
4) menyapu
5) membakar
6)tersenyum
7) berehat
8) memasak
9) duduk
10) berjaya




1) Guru membahagikan murid-murid kepada 3 kumpulan untuk mengadakan aktiviti mengasingkan kata kerja transitif dengan kata kerja tak transitif.

2) Guru memberi kad perkataan kepada setiap kumpulan.

3) Guru mengarah setiap kumpulan membuat perbincangan.

4) Guru meminta setiap ahli kumpulan mengasingkan kata kerja transitif dengan kata kerja tak transitif.

5) Guru menjalankan perbincangan dalam menyemak jawapan murid.

6) Guru meminta murid-murid memberi contoh ayat dengan menggunakan kata kerja.

1) Murid – Murid duduk dalam kumpulan.
2) Murid- murid membuat perbincangan selepas mendapat kad perkataan daripada guru.
3) Murid-murid melekatkan kad perkataan di ruang yang disediakan.
4) Murid-murid mengadakan perbincangan bersama guru dalam menyemak jawapan.
5) Murid-murid memberi contoh ayat dengan menggunakan kata kerja yang terdapat pada kad perkataan.  
Strategi/
Teknik:
1) Membanding beza
2) Mengkategori

Nilai murni:
1) Bekerjasama

Sumber:
1)Kad perkataan
Langkah 4
(7min)
Latih tubi
(Rujuk lampiran 2)
1) Guru memberi lembaran kerja .

2) Guru menyuruh pelajar memerhati gambar yang terdapat dalam latihan.

3) Guru meminta murid-murid menyatakan kata kerja berdasarkan gambar.

4) Guru membimbing murid membina ayat berdasarkan gambar yang diberi dengan menggunakan kata kerja.

5) Guru meminta murid membacakan ayat yang mengandungi kata kerja.
1) Murid-murid memerhatikan gambar dalam latihan.
2) Murid-murid membina ayat berdasarkan gambar yang diberi dengan menggunakan kata kerja.
3) Murid membacakan ayat.
 Strategi/
Teknik:
1) Latih tubi
2) Pemerhatian
3) Menjana idea

Sumber:
1) Lembaran kerja

Refleksi/
Penutup
(4 min)
Video iklan scott’s
Lirik lagu:
Kugembira sentiasa, badanku sihat dan kuat,biar panas atau sejuk, kubermain penuh minat,bermain, melompat sini sana, Scott’s Emulsion, membantu saya.

Soalan:
1) Bolehkah murid-murid senaraikan kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu ini?
Jawapan:
bermain
melompat
membantu

2) Sila asingkan kata kerja tersebut.

Jawapan:
Kata kerja transitif
1) membantu

Kata kerja tak transitif
1) bermain
2) melompat
1) Guru memainkan video iklan.

2) Guru mengemukakan soalan.

3) Guru menerapkan nilai murni menjaga kesihatan diri.

1) Murid-murid menonton video iklan.

2) Murid-murid menyatakan kata kerja.

3) Murid –murid mengenalpasti jenis-jenis kata kerja.


Strategi/
Teknik:
1) Pemerhatian
2) Soal jawab

Sumber:
1) Video iklan scott’s

Nilai murni:
1) Menjaga kesihatan diri.

Latih Tubi Kata Kerja

Latihan Kata Kerja